mOney...(*$*)

Followers

Monday 10 October 2011

Kata Cinta Hati prolog

Prolog

Saat pertama kali aku terpandang wajahnya, aku tahu yang aku telah kalah. Kalah dengan perasaan sendiri. Aku telah kalah dalam mempertahankan hati aku dari terjatuh dalam perangkap cinta. Aku selalu berdoa semoga Allah jauhkan aku dari sebarang cinta manusia. Kerana aku tahu yang aku tak kuat. Walaupun realitinya, aku sememangnya tak kuat. Tak pernah kuat walau sekali. Yang ada hanyalah aku yang lemah yang berpura-pura seolah-olah akulah yang kuat. Yang paling kuat. Argh, aku sering mempersoalkan kekukatanku. Kekuatan mental atau kekuatan dari segi fizikal. Hmm, ternyata kekuatan dari segi fizikal aku telah jatuh tersungkur. Masakan seorang remaja perempuan yang berusia belasan tahun menang dari segi kekuatan fizikal dengan ketinggian 145cm dan berat yang tak pernah mencapai 35 kg.
Namun begitu, bukan ketinggian dan berat badan yang menjadi ukuran tetapi kehandalan seseorang melawan musuh. Aku cukup tangkas dalam mempertaruhkan nyawa dalam ilmu mempertahankan diri. Walau hakikatnya aku tak pernah mempelajari ilmu mempertahankan diri sama ada silat, taekwondo mahupun kungfu. Yang aku ada Cuma keberanian. Dan itulah asset penting yang membuatkan aku kuat.
Itulah aku. Tapi bagi orang di sekeliling kau. Akulah yang kuat. Walaupun dari segi fizikal. Kerana aku adalah TOMBOY. Tomboy? Hah, aku pun tak sedar sejak bila aku begini. Berubah 80% seperti ini. Aku dah penat. Penat menipu diri sendiri. Dari seorang yang hanya tidak suka dimanjai seperti kanak-kanak perempuan yang lain. Tanpa sedar aku rupanya telah jauh berbeza dari kanak-kanak perempuan yang lain. Boyish? Adakah?
Cinta tak kenal sesiapa. Mungkin. Tapi masakan aku tak kenal cinta? Aku tak pernah bercinta, apalagi menaruh perasaan cinta kepada insan bergelar lelaki. Bagi aku cinta tak ada faedahnya. Kerana cinta, kita merana. Kerana cinta, kita di perbodohkan. Dan kerana cinta, kita hilang segala-galanya.
Dari aku berusia 12 tahun aku sering menyelamatkan diri sendiri dari rasa cinta. Prinsip aku cukup mudah. ‘Tiada cinta, tiada rasa terluka.’ Slogan aku cukup simple. ‘If you love someone, you’re nothing.’
Tapi aku lupa, bahawa Allah telah menetapkan dan menganugerahkan setiap hambaNya dengan perasaan cinta, kasih dan sayang. Dan aku lupa yang aku adalah hambaNya yang turut di anugerahkan ddengan rasa dan perasaan yang murni itu.
Walaupun aku sering di perkenalkan dengan perasaan ini, aku sering memekakkan telinga dari mendengar luahan cinta, membutakan mata dari melihat keindahan cinta, dan membisukan mulut dari meluahkan rasa cinta.
Aku bukan lah seorang yang ‘tak di senangi’ kerana aku mudah bergaul menyebabkan aku di senangi ramai. Walau aku tahu ramai yang menyenangiku tapi jauh di sudut hati mereka, mereka ingin mengetahui penyebab aku menjadi begini. Hmm, tapi yang bagusnya tak ramai yang cuba memberanikan diri untuk bertanya denganku. Dan setiap yang bertanya aku hanya memberikan jawapan dengan senyuman. Bukan aku tak mahu menerangkan segalanya tapi aku tak mahu mereka tahu kelemahanku.
~Aku begini kerana aku takut di lukai.~
Patutkah aku menjawab persoalan mereka? Aku percaya ramai yang melongo mendengar jawapanku.
Dan mungkin persepsi mereka ke atasku juga akan turut berubah.
“Shah.” Panggil seseorang. Lamunanku seakan-akan terhenti. Aku tersenyum. Shah adalah nama panggilanku. Nama sebenarku cukup keperempuanan iaitu Ayesha Balqish. Tapi, aku senang bila kawan-kawanku memanggilku Shah sehinggakan ramai yang tidak tahu menahu nama penuhku.
“Apa dia?” soalku pelik. Tak pernah mereka-mereka semua mengganggu aku. Takut aku tengking barangkali.
“Cikgu dah datang lah weh. Jomlah masuk kelas. Takde kerja agaknya. Melamun je terus.” Tersengih panjang aku mendengar bebelan kawan baikku, Azlia.hanya dia yang berani menegurku. Kalau salah apa yang aku buat, salahlah baginya. Dan sepanjang hari mungkin bernanah mendengar bebelannya. Kalau baik apa yang aku buat, baiklah baginya. Tapi, bukan bermakna dia akan memujiku sepanjang hari. Sebaliknya satu perkataan je yang akan keluar dari bibirnya.
“Hah, tu barulah kawan aku.” Puk. Kepalaku rasa pening-pening lalat je.
Hah, ni satu lagi ‘malang’ aku. Aku ni memang kelam kabut orangnya. Sejarah yang aku cipta di sekolah ialah ‘Ratu pintu’. Sebabnya aku sering terlanggar pintu tak kiralah masa tu aku tengah marah atau tengah gembira.
Aku berjalan ke arah mejaku beriringan dengan kawan baikku. Gelak ketawa kawan-kawanku tidak membawa erti kepadaku. Apatah lagi malu. Malu? Okey, sebenarnya aku memang malu. Aku hanya bereaksi seperti orang yang tiada perasaan. Seperti biasa.
Afiq Haikal memandangku seperti tiada perasaan. Aku tertunduk. Argh, kenapa perasaan ini lagi yang bertamu.. cinta? Tak mungkin. Nyah kau wahai perasaan…